Salam Semua

Kami di Kasturi Cinta menyediakan pelbagai perkhidmatan kerja kahwin termasuklah Solekan & Andaman, Pemasangan Pelamin, Pakaian Pengantin, Aksesori Pengantin, Hias Meja Makan & Bilik Tidur, Kek & Cupcake, Kanopi, Fotografi & Videografi

Tuesday, March 29, 2011

Cerita Cinta Faeza & Rizan

Berlangsung di kampung Sungai Deraka, majlis pasangan pengantin baru, Nurfaeza dan Mohd Rizan telah disatukan dengan sekali lafaz sahaja. Akad Nikah disempurnakan pada pagi hari kira-kira jam 9:00 pagi dan berlangsung di rumah pengantin perempuan. Busana serba putih, dihiasi dengan corak berwarna hitam menjadi pilihan pasangan ini.

Majlis akad nikah
Rizan melafaz akad
Merakam saat indah di atas pelamin pilihan hati

Persandingan
Resepsi pasangan ini telah diadakan juga pada hari yang sama setelah selesai majlis akad nikah di pagi hari. Mereka kemudian memilih busana berwarna hitam di busana pilihan yang terdapat di butik Kasturi Cinta

Cantik berbusana hitam
Menunggu untuk berarak

Outdoor Photoshoot
Sekali lagi pasangan kami di Kasturi Cinta memilih jeti Tanjung Lumpur sebagai lokasi untuk pengambaran di luar.

Santai di tangga jeti
Mengabadikan kenangan di salah sebuah bot nelayan

Pasangan ini telah memilih salah satu pakej Kasturi Cinta lengkap beserta fotografi. Decoration pelamin, bilik tidur dan meja makan boleh dirujuk dihalaman-halaman koleksi. Hasil custom album akan dimuatkan dalam bahagian koleksi fotografi sedikit masa lagi.

Kami di Kasturi Cinta mengucapkan tahniah dan semoga berbahgia hingga ke akhir hayat.

Foto by Azwan

No comments:

Post a Comment